Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, July 22, 2008

Pada zaman dahulu,emak-emak selalu duduk di rumah jaga anak dan kemas rumah tetapi zaman moden sekarang kami ada pembantu rumah untuk menguruskan kerja rumah. Walaupun,Mirah ada pembantu rumah,adik-beradik dan Mirah belajar untuk berdikari. Pada hari minggu,pembantu kami ada hari pelepasan. Selalunya Arash,adik lelaki Mirah akan dijemput oleh bapa. Ibu akan memasak makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Sementara,ibu masak, Mirah dan adik perempuan akan mengemas bilik.Pada hari biasa,pembantu Mirah akan kemas rumah,kerja Mirah cuma membuat kerja sekolah dan mengulang kaji.Semua orang ada peranan keluarga tersendiri. Kadang-kala ada keluarga yang tidak ada pembantu dan mereka harus membuat kerja rumah dan sekolah di masa yang sama. Alangkah nasib kami baik kerana keluarga kami mampu untuk membayar pembantu.


Sayang kesayangan Mirah
2:20 AM ++

Saturday, July 12, 2008

Kawan baik adalah seorang yang menemani hidup kami dan juga di sisi kami.Mungkin setiap orang ada kawan baik tersendiri tetapi yang lain ada kawan biasa tetapi Mirah ada ramai kawan baik tetapi ada satu kawan yang Mirah anggapkan seperti adik-beradik sendiri.Nama kawan baik Mirah adalah Ummi Hani. Mirah berkawan dengan dia sejak darjah 3. Sekarang Mirah dan dia darjah 5. 2 tahun sahaja sudah menjadi kawan baik?Orang-orang yang sedang membaca ini mungkin menanya itu. Ya,2tahun untuk orang lain tetapi untuk Mirah ia sudah seperti lebih dari 2 tahun.Ummi adalah seorang peramah.Dia boleh membuat kawan-kawan dengan siapa-siapa pun.Dia juga seorang yang boleh dipercayai.Mirah berasa selamat bercakap dengan dia kerana rahsia Mirah selamat dengan dia.Kadang-kala kami tidak bersetuju tentang sesuatu tetapi seperti peribahasa ini "Rambut sama hitam,hati lain-lain" .Semua orang ada pendapatnya yang tersendiri.Untuk menyelesaikan masalah ini,kami berdua membicarakan bersama. Saya sungguh bertuah kerana ada seorang orang kawan yang baik.


Sayang kesayangan Mirah
2:44 AM ++

Thursday, July 10, 2008

Ada antara kami hidup mewah tetapi ada orang lain di luar sana memerlukan bantuan seperti orang-orang yang berkurang nasib baik di Bangkok.Tahun lepas,Mirah dan sekeluarga pergi ke Bangkok untuk bercuti.Kami berjalan di kedai-kedai yang di keliling jalan raya. Kami berjumpa banyak orang yang berkurang nasib baik meminta kami duit. Dalam banyak-banyak orang,kami berjumpa dengan seorang ibu dan kedua-dua bayinya.Saya dan pakcik saya bercakap dengan dia dan juga memberinya duit.Kami yang sedang hidup mewah harus memberi bukan segi kewangan tetapi juga sokongan moral.Harap-harap Mirah dapat membantu orang-orang yang berkurang nasib baik lagi di dunia ini.Kalau Mirah ada banyak duit,Mirah nak tolong semua orang-orang yang susah di dunia.


Sayang kesayangan Mirah
9:19 PM ++

Wednesday, July 9, 2008

Kadang-kala,warga kami sering mencakap sesuatu yang tidak sopan mengenai negara yang lain...Kami sebagai warga yang baik harus menunjukkan contoh yang betul untuk menjaga nama baik negara kita.Kami boleh menjaga nama baik Singapura dengan jaga kebersihan di sini dan juga jangan bercakap sesuatu yang buruk tentang negara yang lain.Kalau kami boleh menjaga kebersihan di Singapura,kami juga boleh menjaga kebersihan di negara yang lain.Daripada menghina tentang negara yang lain,kami lebih baik memuji seuatu yang baik supaya negara yang lain merasakan bahawa Singapura adalah negara yang sopan.Semoga warga Singapura dapat menjaga nama baik Singapura.


Sayang kesayangan Mirah
9:22 PM ++

Orang lain ada amalan keluarga mereka tersendiri seperti Mirah juga...
Selalunya,bila ibu kembali dari kerja....Saya dan adik-beradik saya menyiapkan
makanan untuk makan malam....Kami bermakan sambil bercakap tentang sekolah.....
Setelah selesai makan,kami menonton telavisyen juga kadang-kala kami menonton cerita seram...
Pada hujung minggu,adik lelaki saya akan diambil oleh bapa saya....Saya,ibu dan adik tinggal di rumah sorang...
Kami selalunya mengemas rumah dan kadang-kala juga kami mengayuh basikal di East Coast Park...
Saya harap semua orang suka dan berasa seronok dengan amalan keluarga mereka tersendiri....:-)


Sayang kesayangan Mirah
9:05 PM ++

Monday, June 30, 2008

Filem-filem apakah yang awak suka tonton? Mirah lebih gemar menonton filem ingerris. Seperti hari ini, Mirah dan sekeluarga baru sahaja selesai menonton filem" Penelope". Ia adalah sebuah filem yang romantik dan juga komedi. Filem ini menceritakan mengenai seorang gadis yang mempunyai hidung khinzir. Untuk menghentikan sumpahan yang diterima dari sejak lahir lagi,beliau harus menghawini seorang jejaka yang mempunyai darah yang luar biasa. Mirah rasa semua orang harus menonton filem ini kerana ia memberi pelajaran dimana seorang itu tak dapat melarikan diri dari realiti kehidupan dan masalah. Kami sebagai manusia juga perlu memberi bantuan dan sokongan moral kepada manusia yang mempunyai kekurangan sifat.


Sayang kesayangan Mirah
8:41 AM ++

Wednesday, June 25, 2008

Seperti orang lain,saya pun ada kegemaran saya yang tersendiri.Hari ini saya mahu menceritakan kegemaran makanan saya. Kegemaran makanan saya ialah "Ayam Masak Merah". Walaupun saya ini baru sahaja sebelas tahun tetapi jangan pandang saya rendah tau? Haha.. Saya juga tahu masak lauk ini. Saya diajar oleh kedua-dua ibu bapa saya...tetapi mereka memperubahi resipinya sedikit demi sedikit...tetapi kalau awak nak tahu lebih lanjut mengenai resipi ini....
INI ADALAH RESIPI


BAHAN-BAHAN
seekor ayam
bawang besar
bawang putih
halia
lengkuas
serai
pes cili
pes tomato
susu carnation
serbuk kunyit
garam
gula
air

CARA-CARA
Goreng ayam yang dipotong dan dirempah dengan kunyit dan garam. Tumis bahan yang dikisar, tambah air, pes tomato, susu carnation, garam dan gula. Setelah masak, tuangkan kuah ke ayam.

Ibu bapa saya letakkan kacang peas di dalam lauk ini...Itu adalah sedikit demi sedikit yang saya tahu mengenai lauk ini......SELAMAT MENCUBA......


Sayang kesayangan Mirah
8:53 PM ++

Tentang Sayang Mirah

Tentang Diri Mirah


Kesayangan

SUKA!!!


BENCI!

Apa yang benci?!


Cita-cita Mirah

Cita-cita Awak


link 2 semua orang=)

Link
Link
Link
Link
Link
Designer

Kawan dengan Mirah!!

your tag code here




bexstar.allrightsreserved