Kawan baik adalah seorang yang menemani hidup kami dan juga di sisi kami.Mungkin setiap orang ada kawan baik tersendiri tetapi yang lain ada kawan biasa tetapi Mirah ada ramai kawan baik tetapi ada satu kawan yang Mirah anggapkan seperti adik-beradik sendiri.Nama kawan baik Mirah adalah Ummi Hani. Mirah berkawan dengan dia sejak darjah 3. Sekarang Mirah dan dia darjah 5. 2 tahun sahaja sudah menjadi kawan baik?Orang-orang yang sedang membaca ini mungkin menanya itu. Ya,2tahun untuk orang lain tetapi untuk Mirah ia sudah seperti lebih dari 2 tahun.Ummi adalah seorang peramah.Dia boleh membuat kawan-kawan dengan siapa-siapa pun.Dia juga seorang yang boleh dipercayai.Mirah berasa selamat bercakap dengan dia kerana rahsia Mirah selamat dengan dia.Kadang-kala kami tidak bersetuju tentang sesuatu tetapi seperti peribahasa ini "Rambut sama hitam,hati lain-lain" .Semua orang ada pendapatnya yang tersendiri.Untuk menyelesaikan masalah ini,kami berdua membicarakan bersama. Saya sungguh bertuah kerana ada seorang orang kawan yang baik.
Sayang kesayangan Mirah
2:44 AM ++